Rezeki Nelayan Terengganu

Posted by wan wma on February 24th, 2008

Ini adalah lukisan ke-6 saya yang menggunakan cat minyak. Dilukis pada pertengahan tahun 2007…dan setakat ini, inilah lukisan terakhir saya menggunakan cat minyak…hehehe..saya kurang berminat melukis benda2 alah ni…sory la, kualiti gambar kureng skit…gambar ni saya ambik guna pc camera jer ni! huhuhu…

Lahirnya Blog Seni Aku!

Posted by wan wma on February 15th, 2008

Hari ini, 15/ 02/ 2008 detik bersejarah telah pun bermula di mana sebuah blog yang bakal menggegarkan blogger2 tanah air telah dilahirkan. Setelah digodek-godek oleh penciptanya sepanjang lebih kurang 1 hari, blog ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya. Blog ini dijangka bakal memberikan saingan hebat dalam arena blogger Malaysia di mana kehadirannya telah memberikan suatu fanomena baru dalam dunia blogger. Penciptanya berkata blog yang dihasilkannya memberikan konsep baru dalam menarik pelawat (hehehe..berangan betul!).

Ehem…tak de la apa2 pun sebenarnya, aku sekadar ingin menyatakan rasa gembira dengan kelahiran blog kedua aku ni. Blog ini adalah blog seni dan kreativiti aku. Blog ini dikarang dalam bahasa yang lebih santai dan bersahaja, kalu ada bahasa yang anda kurang senang aku mintak maaf. Sebab ni la perangai kedua aku selain daripada seorang yang sukakan Motivasi macam dalam blog WanWmaBlog tu. Aku ni ada banyak perngai sebenarnya..huhuhuh..kalau nak tau pasal perangai aku try tengok kat halaman Tentangku ye!

So, Apakah hidangan yang bakal aku sediakan dalam blog ini? Antaranya adalah:

-Teknik-teknik belajar melukis komik.

-Kad2 hadiah, motivasi dan skrin wallpaper percuma.

-Video cara-cara melukis.

- Lukisan2 terkini saya

-Langkah dan teknik2 dalam menghasilkan animasi

-Lukisan Potret Percuma

-Komik2 pendek

-Penggunaan Photoshop dalam merekabentuk grafik dll.

Anda ada sebarang cadangan? Tuliskan dalam ruangan komen dibawah yer! Kalau cadangan anda amat praktikal untuk di muatkan dalam blog ini, akan saya laksanakan pandangan dan cadangan anda itu dalam blog ini!


Copyright © 2007 Myart Blog. All rights reserved.