Potret Percuma - Mohd Ismail

Posted by wan wma on April 30th, 2008

Adui…letihnyer….boleh jugak akhirnya aku siapkan potret ni malam ni. Mata ni macam dah kena pukau sebab dah mengantuk sangat. Apa2 hal pun lepas ni aku kena siapkan satu design muka depan web pelanggan aku. Letih betul la…alang2 korang dah masuk sini, bagi la sedikit komen sebagai penyeri untuk aku terus berusaha. Aku betul2 mintak maaf kerana masih tak dapat select 5 pemenang untuk bulan ni, mungkin antara hari jumaat dan sabtu ni kot aku buat pemilihan. Esok aku kena pergi ke Kota Bharu, Kelantan…

Tahniah dan terima kasih Mohd Ismail, di atas penyertaan dan kejayaan memenangi hadiah ini. :)

Potret Percuma - Izzaldin Misri

Posted by wan wma on April 26th, 2008

Salam Izzaldin, saya terpaksa lukis gambar anda yang ni kerana gambar kedua yang anda bagi agak blur dan saya tak boleh melukis kerana kurang jelas. Terima kasih dan tahniah!

Potret Percuma - Kasyidi

Posted by wan wma on April 26th, 2008

Salam semua! Ni adalah potret kedua yang telah saya siapkan untuk peserta bertuah bulan 3 (sebenarnya ada satu lagi yang dah siap, tapi dah rosak. Kena lukis balik yang lain :( ) Kepada Kasyidi, maafkan sy kerana tak dapat lukis gambar terbaru yang anda kirimkan. Gambar tu blur sikit.. terima kasih kerana menyertai program potret percuma ini dan tersenarai dalam mailing list saya. Masih banyak sebenarnya hadiah percuma yang ingin saya berikan kepada anda semua. Namun, masa masih mencemburui saya ketika ini. Tahniah Kasyidi. Terimalah lukisan ini seadanya yer..hohoho..potret ini juga akan saya pos minggu ini. Insyallah…….

Potret Percuma - Samirz Nooh

Posted by wan wma on April 26th, 2008

Em…siap juga lukisan ni. Lukisan kali ini agak berbeza dengan lukisan bulan lepas, bulan ini sy menggunakan konsep lukisan lakaran. Hehehe…sebenarnya sy lebih suka teknik ni daripada teknik gosok! Nampak lebih bersahaja dan kombinasi garisan dapat dilihat dengan jelas (padahal sy tak pandai sangat guna teknik gosok). Apa-apa hal pun sy ucapkan terima kasih kepada tuan empunya potret ni kerana sudi menyertai program potret percuma ni. Lukisan sy bukan la cantik sangat pun. Tahniah sy ucapkan kepada Samirz Nooh. Saya akan pos potret ni ke rumah anda dalam minggu ni!

Mayat Yang Ngeri!

Posted by wan wma on April 15th, 2008

Ehem…sempena menunggu kehadiran lukisan potret mereka2 yang berjaya pada bulan lepas, ingin aku berkongsi dengan anda sebuah gambar mayat yang sangat menggerikan. Anda dinasihatkan supaya tidak melihat gambar ini jika takut melihat gambar-gambar pelik. Aku pun tak pasti kenapa mayat itu boleh jadi sedemikian rupa. yang peliknya, walaupun badan telah hancur menjadi serpihan tulang, tetapi wajahnya masih elok seperti biasa. Aku malas nak berleter lagi, saksikanlah gambar di bawah…

Read the rest of this entry »


Copyright © 2007 Myart Blog. All rights reserved.