Posted by wan wma on May 26th, 2008

Lukisan pemenang potret bulan 4 yang lepas masih dalam proses. Harap bersabar yer..kali ini saya terkandas lagi untuk membuat pilihan pemenang untuk bulan 5. Biasanya saya akan membuat pilihan pada 20hb setiap bulan. Tapi nampaknya saya sekali lagi tak sempat berbuat demikian. Walau bagaimanapun saya harap anda sabar menunggu..huhuhu
Saya pun tak pasti kenapa, dulu saya boleh siapkan 1 lukisan dalam masa 1/2 jam jer..tp sekarang hampir 2 jam! Mungkin kemahiran saya ini sudah semakin berkurangan, maklumlah..saya sebenarnya kurang berminat dalam melukis potret ni. Saya cuma minat lukis kartun je… :p
Saya sebenarnya tension bila mulukis potret. Bukan kerana lukisan potret tu, tetapi kerana bahan atau material yang saya gunakan kurang berkualiti. Saya dah tak tau lagi nak cari mana lagi alat2 lukis yang berkualiti kat negeri saya, Terengganu ni..memang tak de jual la…kalau boleh sapa2 tolong beli kat saya, saya nak gak! Saya cuma nak pensil lukis yang berkualiti. Kalau ada sapa2 bleh cari tolong bagitau ye..nanti saya bayar la..
Theme blog ini masih dalam peringkat kemaskini. Memang banyak perkara yang berterabur lagi, saya akan baiki secepat mungkin…harap maklum. Alamak, dah nak pukul 8.00am! Saya kena pergi kerja dulu!!! Byeee!!!
Posted by wan wma on May 13th, 2008

YUP! Saya dah pos lukisan potret beberapa hari lepas (saya dah lupa hari apa) dan dah ada orang yang menerimanya pun. Saya harap anda suka dengan lukisan itu. Lukisan yang dipos hanya sekadar lukisan kosong tanpa sebarang kata-kata atau ucapan. Saya tak sempat nak menulis sebarang ucapan pun ketika itu (maaf yer..). Saya betul2 berharap semua lukisan yang diposkan itu selamat sampai ke tangan penerimanya.
Saya dah pun terima 6 gambar daripada peserta bertuah bulan 4. Masih kekurangan 2 lagi gambar. Saya terpaksa membatalkan penerima sebelum ini dan membuat pilihan yang baru. Untuk pilihan kali ini saya buka kepada anda semua untuk menghantar gambar anda kepada saya (bagi yang belum terpilih saja)! Siapa cepat dia dapat!
Apa yang perlu anda buat ialah emailkan gambar (yang clear) dan alamat rumah anda kepada saya secepat mungkin. Saya akan umumkan tawaran ini ditutup sebaik saja menerima 2 gambar yang menarik untuk dilukis. Baik, anda boleh bertindak sekarang! Semoga berjaya!
EHEM!!! MAAF EK! TAWARAN DAH PUN DITUTUP! DAN PENERIMANYA IALAH:
1- Luvlee
2- Cikgu AzleenĀ
Cepat betul korang ni yer…tahniah. Yang lain yang hantar gambar tu, saya ucapkan terima kasih. Anda cuma lambat beberapa minit je daripada 2 orang ni..terima kasih. Insyallah, lain kali sampai giliran anda pula!
Posted by wan wma on May 3rd, 2008

Salam semua! Hehehe…berita gembira buat anda semua kerana saya telah pun memilih peserta bertuah bulan 4. Sepatutnya pemilihan perlu dibuat pada setiap 20hb. Tetapi kerana masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian, terpaksalah saya tunda sehingga ke hari ini.
Satu kejutan untuk anda! Memandangkan kelewatan saya memilih peserta yang bakal menerima hadiah potret percuma bulan 4 yang lepas, saya telah berbincang dengan diri sendiri untuk menambah bilangan peserta bertuah menjadi 8 orang! Hehehe..tapi untuk kali ini saja ye! Dan satu lagi, saya akan berikan anda lebih banyak masa untuk menghantar gambar anda kepada saya. Rasanya tidak adil sekiranya saya dengan secara mengejut beritahu anda telah menang kemudian membatalkannya dalam masa yang singkat. Tentu ada diantara anda yang terlupa membuka email atau terlewat melawat blog ini dalam beberapa hari ini kan? Oleh itu saya berikan tempoh 1 minggu untuk anda menghantar gambar dan alamat anda kepada saya (bagi yang menang saja tau!).
Jadi, siapakah pemenangnya? Jom semak!
Read the rest of this entry »
Posted by wan wma on May 3rd, 2008

Hohohoh.. dengan siapnya lukisan potret Faz ini, maka siaplah sudah kerja saya untuk mereka2 yang menang atau bertuah menerima potret percuma ini. Sebelum ni saya ada nyatakan untuk pos lukisan saudara Izzaldin, Kasyidi dan Samiz Nooh pada minggu lepas, tapi tak sempat la…saya ni manusia biasa, kadang2 tu memang tak terdaya nak menyempurnakan rancangan yang telah dibuat. Maafkan saya ye…
. Silalah tunggu sedikit masa lagi untuk saya poskan lukisan anda semua ni. Kali ni saya nak buat bungkusan cantik2 skit. Tak macam bungkusan yang lepas, buruk semacam jer..huhuhu.
Sila beri tahu saya setelah anda menerima potret yang saya akan poskan ini ye. Kerana saya takut si posmen tu berkenan dengan lukisan anda dan simpan buat harta peribadi dia. Dah ramai lukisan pelanggan saya diambil orang. Kemudian si pelanggan datang mengadu suruh saya lukis balik. Tu la, lain kali simpan la elok2! Ok, setakat ini saja..nantikan pemilihan pemenang bertuah untuk bulan April malam ini ye!
Recent Comments