3 Perkara

Posted by wan wma on June 22nd, 2008

Perkara Pertama

Ehem…lamanya saya tak buat post kat blog ni. Maaflah saya sibuk sangat kebelakangan ini. Namun kali ini saya hadir dengan membawa khabar gembira kepada 6 orang peserta lukisan potret percuma. Kenapa 6 orang yer? Sebabnya salah seorang peserta terdahulu tidak berjaya menghantarkan gambarnya kepada saya pada tarikh yang ditetapkan. Jadi kemenangannya telah pun dibatalkan. Saya bawak kekosongan itu untuk bulan ini. hehhehe…

Kepada pemenang2 lukisan potret bulan lepas, lukisan anda semua telah saya siapkan. Cuma mungkin tertinggal lagi 10% bahagian yang perlu saya kemaskan. Saya tak sempat lagi nak scan dan paparkan dalam blog ini beberapa hari ini. Harap sabar menunggu. Baiklah..banyak meleterlah saya ni kan! Sekarang saya nak umumkan pemenang lukisan potret untuk bulan 6. Mereka adalah:

1- Hastapronto

2- Jangnara

3- Sofie

4- Zuandi Zaharin Mohd Tahir

5- Ismah Ismail

6- Ezzah

Yup itulah nama2 pemenang lukisan potret bulan 6. Ingat ya, anda perlu menghantar gambar dan alamat rumah. Tarikh tamat untuk menghantar gambar dan alamat anda adalah pada 27/06/08 jam 12mlm. Em..hampir seminggu masa yang saya berikan. Jangan pos, tapi hantar melalui email ye!

Perkara Kedua

Apa yang saya ingin nyatakan dalam perkara kedua ini mungkin agak mengecewakan bagi sesetengah orang, tetapi mungkin juga amat menggembirakan bagi orang lain. Bermula dari pemenang bulan ini, saya tidak akan melukis potret pensil sahaja. Saya akan campur lukisan wajah anda samada dalam bentuk karikatur, kartun, vektor dan sebagainya. Maknanya saya tidak hanya akan melukis potret sahaja. Nasib la sesiapa yang boleh potret, lukisan vektor atau karikatur. Yang pasti nilainya hampir sama sahaja. Cuma perbezaan teknik, media dan kesenian. Diharap perubahan ini dapat menambahkan lagi variasi blog ini dan saya berharap juga anda semua suka dengan perubahan yang saya lakukan ini.

Perkara Ketiga

Berita baik kepada sesiapa yang ingin menempah lukisan potret daripada saya. Dari mula program lukisan potret percuma ini dilancarkan, sering kali orang bertanya cara untuk membuat tempahan. Namun, saya terpaksa menolak sebarang tempahan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Kini, setelah beberapa bulan berlalu, saya telah membuat persiapan untuk menerima tempahan anda bermula pada bulan 7 akan datang. Tarikhnya akan saya nyatakan kemudian. Yang pasti, lukisan yang dijual adalah jauh lebih baik kualiti dan ketelitiannya.

Saya terpaksa menghadkan tempahan kepada beberapa orang sahaja. Saya mungkin hanya buka peluang ini untuk sekali sahaja. Jadi siapa cepat dia dapatlah…menjual potret tak sama dengan menjual produk2 fizikal yang lain yang dah siap. Lukisan potret perlu disiapkan dengan ketelitian dan penggunaan masa yang agak banyak untuk dihasilkan.

Baik, itu sajalah 3 perkara yang ingin saya nyatakan. Terima kasih kerana sudi membaca!

P/s: Saya menulis dalam keadaan mengantuk ni..maafkan saya jika ada tersilap eja atau terkasar bahasa….

Apa Makna Pokemon?

Posted by wan wma on June 10th, 2008

Lihat sahaja gambar-gambar diatas, tentunya ramai yang kenal dengan watak kartun tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, gambar-gambar diatas merupakan sebahagian daripada watak kartun pokemon. Sedarkah kita akan maksud Pokemon dan maksud nama-nama watak kartun di dalam cerita tersebut? Baru-baru ini, pihak Darul Nu’man telah menerima E-mail dari salah seorang yang bertanya tentang kemusykilan kartun Pokemon. Berikut adalah kandungan E-mail tersebut.


Assalamualaikum………..Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).

contohnya:
POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah… (SUBHANALLAH!)
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..

Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat.
Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.

Thanks and Best Regards,
B.Regards
Agus
Port Operation.

5 Peserta Bertuah Terbaru!

Posted by wan wma on June 4th, 2008

Ehem…berdebar-debar ke? Saya sebenarnya malas nak cakap (tulis) banyak, sebab belum makan malam lagi ni. Lapar…jadi tanpa membuang masa, saya di sini ingin mengumumkan nama-nama peserta bertuah kali ini (untuk bulan 5 yang lepas) jatuh kepada:

1- Armin_5085

2- Alfarabius

3- AzmanZainal

4- NayangMohd

5-Zira_1085

Baik, kepada nama2 di atas, sila hantarkan gambar dan alamat anda selewat-lewatnya hari Ahad, 8/06/2008 sebelum pukul 12.00mlm! Seminit je anda lambat, saya akan tukar kepada orang lain. Huhahaha…pastikan gambar anda jelas dan cantik. Gambar yang blur akan ditolak serta-merta. Saya dah tak tahan lagi nak teliti gambar2 yang blur..pening kepala dibuatnya!

Kepada peserta lain, sabar menunggu ya! Program ini masih berjalan seperti biasa! Insyallah, lain kali giliran anda pula. Baik (lapar perut la), semoga berjaya!

P/s:  Saya mungkin tidak akan online 2-3 hari ni. Pergi bercuti kat Tasik Kenyir sambil tengok orang mengail..(saya tak pandai mengail la..)

Lukisan Potret 8 orang dah siap!

Posted by wan wma on June 4th, 2008

Ehem..siap pun lukisan potret korang ni! Sekarang saya perlu buat pilihan untuk peserta lain pula. Tapi tak sempat lagi buat masa ni, saya kena pergi kerja la..dah dekat pukul 8.00am ni! Huhuhu…

Pemilik-pemilik lukisan di bawah ialah:

1- Zuhairy

2- Cik Yankumi

3- Aisyah

4- Maizul

5- Luvlee

6- Busiai

7- Cikgu Azleen

8- Eina

 

 

 

 

 

 

 

Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kerana menyertai program ini. Segala kekurangan dalam lukisan saya, saya mohon maaf. Saya harap anda semua suka dengan lukisan potret anda ini. Nantikannya di depan rumah anda. Saya akan poskannya tidak lama lagi!


Copyright © 2007 Myart Blog. All rights reserved.