Suatu ketika dahulu, waktu aku masih bersekolah seorang kawan bertanya. “Mat, apa nama penuh engko, nama penuh ayah engko dan tarikh lahir engko?”(nama gelaran aku yang paling femes, ‘Mat’). Aku bertanya balik, “Ko nak buat ape?”, “Takde la..saje je nak try tengok ciri2 peribadi kau dalam internet.” Jawapnya. “Aik? Macam mana nak tengok?’ aku bertanya lagi. Dia pun menjawab dengan selambanya ‘Alah..senang je, taip nama dan tarikh lahir, terus keluar la butir2 diri kau. Tapi benda ni bukan la betul sangat pun. Cuma sekadar kajian yang dilakukan oleh seorang pakar dari Indodesia. Kajian dan penilaan dibuat berdasarkan kepada ciri2 peribadi setiap orang yang lahir pada tarikh2 tertentu.” “Oh, gitu ker..” aku mengiyakannya, “Kalau gitu ko cuba la yer! Ni nama penuh aku dan ayah aku..dan ni tarikh lahir aku!” Aku menulis di atas kertas.

Keesokan harinya dia datang dan membawa cebisan kertas dan diberikan kepada aku. Atas kertas itu ada tertulis ciri-ciri diri aku mengikut kajian pakar tersebut. Ciri-ciri itu tertulis lebih kurang begini:

Ciri-ciri Wan Muhd Ali b. Wan Ahmad Affandi, tarikh lahir, 25/06/1983:

Anda adalah seorang yang berjiwa seni atau artistik. Anda suka berfikir perkara2 yang pelik dan diluar jangkaan. Anda mudah didekati dan digemari oleh orang sekeliling anda tetapi anda sukar difahami. Anda sukakan perkara yang cantik-cantik dan menarik pada pandangan anda. Ciri yang paling menyerlah dalam diri anda adalah seorang yang misteri.

Ni pulak aku ambik dari sebuah artikel dalam tokeikedai yang bertajuk : tarikh lahir dan rahsianya.

Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara

Dan ini dari kajian yg dijalan kan Oleh Dr. Fazilah Kamsah

 

JUN

berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai,idea @mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah & cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya
adalah kawan saya.

Huahahaha…kelakarkan! Mungkin begitulah sedikit sebanyak mengenai diri aku.

Satu hal lagi. Aku adalah seorang pelukis. Aku melukis potret, kartun, komik, lukisan permandangan/visual, rekabetuk perabot, hiasan dalaman dan rekabentuk grafik. Tetapi 1 lukisan pun tiada tergantung dalam bilik dan rumah aku. Aku pun baru perasan dan mula merasa hairan…huhuhu…ehem, tak sangka anda baca sampai sini, kira anda ni memang benar-benar nak tahu pasal diri aku ni..Terima Kasih..terharunya…

 

 

Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Smarking
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • digg
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Spurl
  • RawSugar