Apa Makna Pokemon?
Agama, Ape-ape ajer June 10th, 2008

Lihat sahaja gambar-gambar diatas, tentunya ramai yang kenal dengan watak kartun tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, gambar-gambar diatas merupakan sebahagian daripada watak kartun pokemon. Sedarkah kita akan maksud Pokemon dan maksud nama-nama watak kartun di dalam cerita tersebut? Baru-baru ini, pihak Darul Nu’man telah menerima E-mail dari salah seorang yang bertanya tentang kemusykilan kartun Pokemon. Berikut adalah kandungan E-mail tersebut.
Assalamualaikum………..Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).
contohnya:
POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah… (SUBHANALLAH!)
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..
Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat.
Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.
Thanks and Best Regards,
B.Regards
Agus
Port Operation.




















July 14th, 2008 at 12:25 pm
Antara dua (2) masalah bangsa kita yang boleh memudharatkan adalah :-
1.) Cepat terikut-ikut
2.) Cepat percaya tanpa soal siasat
Di sini saya memuji saudara Salmi kerana membahasakan diri dengan “saya” dan bukan “watashiwa”. Maklumlah Melayu ni kalau dah merantau dia berubah sikit. Kalau dah sampai ke negeri barat dia akan kata “I am hungry. I wanna eat”. Kalau dah ke timur tengah pulak dia akan kata “Ana jau’an. Ana bahabba akla”
Sebenarnya “lughah Siryaniiyah” itu adalah bahasa Suryani atau Aramaic Timur iaitu bahasa Nabi Isa a.s. Kitab Injil yang asal juga diturunkan dalam bahasa ini. Saya rasa tak ramai orang yang masih tahu bahasa ini kecuali segolongan kecil orang Syria. Namun begitu perlu difahami bahawa bahasa Suryani adalah salah satu pecahan bahasa Semitic. Ini jugalah bahasa Nabi Ibrahim iaitu bahasa Ibrani atau Hebrew kuno. Dan perlu juga difahami bahawa bahasa Arab,Hebrew dan Suryani ini kesemuanya berasal dari satu rumpun jadi masih terlalu banyak persamaannya.
Jadi saya pelik bagaimana perkataan “POKEMON” boleh diterjemahkan kepada “SAYA YAHUDI” dalam bahasa Suryani sedangkan sepatutnya ia akan berbunyi begini - “ENA DEYEHOODIYA” (Perhatikan pula betapa hampirnya ini dengan bahasa Arab)
Begitu juga perkataan “CHARMANDER” yang kononnya bermaksud “ALLAH ITU LEMAH”. Sepatutnya ia akan berbunyi “ILAHI AYTA KARHAT”
Kesimpulannya jangan kita main telan saja apa yang di dengar. Siasatlah dahulu. http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=1&action=display&num=67
July 17th, 2008 at 7:41 am
terima kasih meg..bagusnya penerangan ini. saya pun beranggapan yang perkara ini agak pelik. cuma saya bentangkan di sini kalau2 ada orang yang boleh bagi teguran dan pandangan..terima kasih