Potret Percuma Di Tutup
Posted by wan wma on July 25th, 2008



Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada pemilik2 lukisan potret di atas, mungkin sudah lama anda menunggu ketibaan lukisan potret anda. Saya benar-benar terlupa yang saya belum pos lukisan ini. kerana terlalu sibuk juga saya terlupa untuk post kan lukisan2 di atas dalam blog ini. Maafkan saya..
saya akan poskan lukisan anda semua sebelum Ogos ini.( kalau tak silap, lukisan ini dah siap 1 bulan yang lepas..)
Saya juga ingin memohon maaf kepada semua peserta yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan lukisan potret percuma dari saya. Buat masa ini saya langsung tidak sempat untuk meneruskan program ini. Walaupun terasa amat berat untuk menutup program ini, saya terpaksa mengambil keputusan muktamat memandangkan kesibukan yang sedang saya alami.
Saya yakin ramai pembaca blog ini adalah dikalangan subscriber saya, rasanya tidak salah jika saya ceritakan sedikit apakah perkara yang membuatkan saya begitu sibuk. Sebagaimana yang anda semua tahu, saya adalah seorang animator, atau juruanimasi yang bekerja disebuah syarikat animasi di Kuala Terengganu. Saya bersama beberapa orang rakan yang lain sedang giat menghasilkan 3 buah siri kartun untuk dijual kepada syarikat penyiaran seperti TV3 dan RTM. Kami mempunyai masa yang amat terhad untuk menyiapkan 3 siri kartun ini. Keadaan ini telah menyebabkan saya terpaksa bekerja berhempas-pulas setiap hari, 7 hari seminggu sehingga lewat malam.
Jika 3 siri kartun ini dapat jual, maka saya akan bertambah sibuk kerana perlu menguruskan ketiga-tiga siri kartun ini. Jika tidak berjaya, saya juga akan bertambah sibuk kerana perlu menghasilkan siri kartun lain pula. Saya harap anda semua dapat doakan kejayaan saya. Anda semua akan jadi orang pertama yang akan mengetahui apakah siri kartun yang saya hasilkan sekiranya siri kartun itu berjaya memasuki siaran TV kelak. Insyaallah…
Kerana inilah saya telah membuat keputusan untuk menutup program lukisan potret percuma buat sementara waktu. Sekiranya berpeluang, saya akan teruskan lagi program ini di masa hadapan. Insyaallah…































Recent Comments