3 Perkara
Ape-ape ajer, Hadiah, Pengumuman, Potret, Tahniah, Terima Kasih June 22nd, 2008Perkara Pertama
Ehem…lamanya saya tak buat post kat blog ni. Maaflah saya sibuk sangat kebelakangan ini. Namun kali ini saya hadir dengan membawa khabar gembira kepada 6 orang peserta lukisan potret percuma. Kenapa 6 orang yer? Sebabnya salah seorang peserta terdahulu tidak berjaya menghantarkan gambarnya kepada saya pada tarikh yang ditetapkan. Jadi kemenangannya telah pun dibatalkan. Saya bawak kekosongan itu untuk bulan ini. hehhehe…
Kepada pemenang2 lukisan potret bulan lepas, lukisan anda semua telah saya siapkan. Cuma mungkin tertinggal lagi 10% bahagian yang perlu saya kemaskan. Saya tak sempat lagi nak scan dan paparkan dalam blog ini beberapa hari ini. Harap sabar menunggu. Baiklah..banyak meleterlah saya ni kan! Sekarang saya nak umumkan pemenang lukisan potret untuk bulan 6. Mereka adalah:
1- Hastapronto
2- Jangnara
3- Sofie
4- Zuandi Zaharin Mohd Tahir
5- Ismah Ismail
6- Ezzah
Yup itulah nama2 pemenang lukisan potret bulan 6. Ingat ya, anda perlu menghantar gambar dan alamat rumah. Tarikh tamat untuk menghantar gambar dan alamat anda adalah pada 27/06/08 jam 12mlm. Em..hampir seminggu masa yang saya berikan. Jangan pos, tapi hantar melalui email ye!
Perkara Kedua
Apa yang saya ingin nyatakan dalam perkara kedua ini mungkin agak mengecewakan bagi sesetengah orang, tetapi mungkin juga amat menggembirakan bagi orang lain. Bermula dari pemenang bulan ini, saya tidak akan melukis potret pensil sahaja. Saya akan campur lukisan wajah anda samada dalam bentuk karikatur, kartun, vektor dan sebagainya. Maknanya saya tidak hanya akan melukis potret sahaja. Nasib la sesiapa yang boleh potret, lukisan vektor atau karikatur. Yang pasti nilainya hampir sama sahaja. Cuma perbezaan teknik, media dan kesenian. Diharap perubahan ini dapat menambahkan lagi variasi blog ini dan saya berharap juga anda semua suka dengan perubahan yang saya lakukan ini.
Perkara Ketiga
Berita baik kepada sesiapa yang ingin menempah lukisan potret daripada saya. Dari mula program lukisan potret percuma ini dilancarkan, sering kali orang bertanya cara untuk membuat tempahan. Namun, saya terpaksa menolak sebarang tempahan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
Kini, setelah beberapa bulan berlalu, saya telah membuat persiapan untuk menerima tempahan anda bermula pada bulan 7 akan datang. Tarikhnya akan saya nyatakan kemudian. Yang pasti, lukisan yang dijual adalah jauh lebih baik kualiti dan ketelitiannya.
Saya terpaksa menghadkan tempahan kepada beberapa orang sahaja. Saya mungkin hanya buka peluang ini untuk sekali sahaja. Jadi siapa cepat dia dapatlah…menjual potret tak sama dengan menjual produk2 fizikal yang lain yang dah siap. Lukisan potret perlu disiapkan dengan ketelitian dan penggunaan masa yang agak banyak untuk dihasilkan.
Baik, itu sajalah 3 perkara yang ingin saya nyatakan. Terima kasih kerana sudi membaca!
P/s: Saya menulis dalam keadaan mengantuk ni..maafkan saya jika ada tersilap eja atau terkasar bahasa….




















June 22nd, 2008 at 12:25 am
xdpt lg. xpe.
June 25th, 2008 at 1:03 am
org yang betul2 bertuah sajerk yang dapat nie..
usaha tangga kejayaan…
July 5th, 2008 at 11:26 pm
rilex2 wanwma, buat dgn hepi jgn pressure hehe.. apa2pun usaha wanwma mmg sangat kita hargai, betol bkn snang nak lukis potret, ketelitian tu mmg kena lebih.. anyway, salute la kat bro, saya harap skill bro dalam bidang potret akan terus meningkat bole sampai tahap hardcore artist!..
Salam perkenalan dari saya
AzmanZainal